KUALA LUMPUR, 29 JUN: Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa gambar-gambar kecederaan yang dialami remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang dipaparkan di laman Facebook seorang aktivis wanita, bukan dibocorkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).